Tuesday, February 23, 2010

Pantun Jemput Makan

Lebat rumbia dahannya rendah
Sayang senduduk ditepi muara
Penganan mulia terletak sudah
Samalah duduk menjamu selera

Terbang sekawan siburung merbuk
Batang selasih di Tanjung Jara
Padamu tuan kami persembah
Santapan kasih juadah mesra

Kalau tuan pikat cemara
Buatlah bara akar selasih
Sudilah tuan jamu selera
Hidangan mesra pengikat kasih

Sungguh indah bunga kemboja
Di bawah atap tepi halaman
Juadah sudah letak di meja
Sudilah santap tuan budiman

1 comment:

  1. terima kasih atas perkongsian..banyak membantu

    ReplyDelete